pages

Thursday 5 April 2012

Jangan sampai cikgu jawab...

Sesetngah student tu kalau dia tak boleh jawab test or exam 
dia akan tulis something untuk cikgu/lecturer.
setengah cikgu/lecturer buat dono je. ada gak yang rjin reply 
mesej kasihan dari student die.

tgk nih :-









hehe. selambe badak je cikgu diorang reply. 
ak tak penah buat cmni. ak student cemerlang*kononnya hahaha.

adios ! 


Wednesday 4 April 2012

Ilmu matematik ahli parlimen

selalunya ahli parlimen ni pandai-pandai bijak-bijakkan. diorang kepala hotak mesti lar tiptop. yela nk uruskan negara bukan senang. kalau senang ak dah try dah. hihi

tengok diorang pnya ilmu matematik nih. mesti korang pn tak boleh pham. kecuali korang ahli parlimen jugak ler :). tak caye korang tgk gambar nih. mengikut sumber ni jawapan bertulis dari  parlimen.. cekedout !


Analysis
Tahun 2009, seramai 14 orang mati dalam tahanan polis.
- 3 Orang dalam tanahan penjara
- 7 Orang dalam tahanan polis
- 17 Orang dalam tahanan depot imigresen
17 + 3 + 7 = 14 Orang 

Tahun 2010 seramai 13 orang mati dalam tahanan
1 orang dalam tahanan penjara
9 tahanan polis
18 dalam tahanan depot imigrresen
Jom kira 1+9+18=13 orang

tahun 2011 seramai 21 orang mati dalam tahanan
17 dalam tahanan polis
18 tahanan depot imigresen
17+18=21 orang

amacam. korang faham ke. hehe. lawakkan ? tp mungkin silap taip nih atau surat dari mne2 bkn dari parlimen. saje nk buat2 cerita ke. ikot la korang nk fikir macam mna :D

p/s : just suka2 

Tuesday 3 April 2012

Elakkan kalau boleh..



Perkara ni rasanya biasa jadi di kalangan student. Especially perempuan. tappi laki pn ade gak :)

salah satu hadis sahih nabi Muhammad SAW yg diriwayatkan oleh Syaikhain (Imam Bukhari : 6290 dan Imam Muslim. Larangan berbisik antara 2 orang sedangkan kamu bertiga. yaang bermaksud :-

“Apabila kamu bertiga , maka janganlah berbisik-bisik berdua sahaja tanpa disertai yang seorang lagi , kecuali kamu berada (bersama/bercampur) dengan orang ramai , kerana perbuatan tersebut menyakitinya (orang ketiga)”


sebelum ni tak tahukan ade hadis nih ? haa. skrg dah tahu jgn la buat ye. Hadis nabi nih, kene la ikot..

p/s : Renung-renungkn dan selamat beramal ^_^



Wednesday 7 March 2012

Monday 5 March 2012

Hujan & salji turun di syria setelah berdekad lamanya tidak turun


Bashar Assad telah memutuskan bekalan air di Homs, Syria. Maka Allah taala menurunkan air hujan dan salji yang tidak pernah turun sejak berdekad lamanya.

Hanya kerana untuk memberitahu Bashar sesungguhnya ALLAH lebih agung daripada melupakan hambanya (yang dizalimi)





Fakta dan isu yang patut kita tahu yang berlaku di Syria (part 1)


Apa yang perlu kita tahu berkenaan isu yang berlaku di Syria, antaranya ialah :

1) Siapakah Bashar Asad yang sebenarnya?
Basyar Assad merupakan anak kepada Hafez Assad yang sangat dikenali dengan kejam sejak rejim ini memerintah Syria. Sejak kecil Basyar Assad diajar oleh ayahnya membunuh bayi. Pada tahun 1982, peristiwa yang berlaku di HAMA hampir 40,000 rakyat Syria mati dibunuh oleh regim Assad. Selepas itu mereka berterusan melakukan kekejaman terhadap rakyat Syria.

2) Apa hubungan Rejim Syria dengan Iran?Rejim Syria dan Syiah Iran menjadi sekutu yang kuat sejak sekian lamanya. Hal ini kerana bagi menjamin Syiah terus berkembang. Ia juga diketahui umum setelah Khamainie Iran membuat kenyataan terbuka menyokong Assad. Beberapa insiden ketika rakyat Syria melarikan diri ke Lubnan, Hizbullah menghalang dan menembak mereka. Tentera Iran pula ditempatkan di bumbung-bumbung rumah sebagai penembak tepat.

3) Apa hubungan Rusia dan China dengan Assad sehingga mereka menggunakan VETO menghalang usul bagi memberi tekanan kepada rejim?Sebenarnya mereka merupakan sekutu lama yang saling memberi sokongan terutamanya dalam kebijakan faham sosialis dan komunis mereka (tidak sama tapi hampir serupa terutama dalam menzalimi rakyat). Di samping itu juga, Rusia adalah pembekal senjata paling banyak ke Syria.

4. Apa pula hubungan Rejim Syria dengan Israel?Secara zahirnya kita akan melihat mereka bertindak sebagai anti israel, US, Barat dan memberi ruang dan kesempatan kepada Hamas menentang Israel. Dakwaan ini meleset ketika ditemukan fakta yang menyatakan bahawa Assad telah melakukan kesepakatan sulit dengan Israel dalam isu yang berkaitan dengan Bukit Golan dll.

Assad mendapat imbalan yang besar dari pakatan sulit ini dan dibantu oleh US. Apakah logik bagi sebuah kerajaan yang punya kekuatan tentera dan berada bersempadanan dengan Israel termasuk Iran duduk diam terhadap kekejaman Israel tehadap saudara mereka di Gaza. Manakala menyerahkan Bukit Golan kepada Israel tanpa ada sebab yang munasabah.

p/s: Maklumat ini diambil daripada penceritaan sendiri oleh rakyat Syria yang diperolehi oleh seorang rakyat Malaysia yang ke Syria baru-baru ini.

Thursday 23 February 2012

2 video kajian yang awesome ! orang islam wajib tonton.

Assalamualaikum ^_^

Mengikut suara dari video ini, geng rasa perakamnya orang indonesia.
serius video awesome gile. rugi kalau tak tgk.
study-study gak, hal-hal mcm ni kena amek tau jugak ^^.


KEBENARAN PERISTIWA ISRA' MIKRAJ NABI MUHAMMAD SAW.

kajian yang mendalam tentang isra' mikraj Nabi Muhammad SAW.
mungkin video ni menimbulkan sedikit keraguan sama ada 'bole ke buat macm ni ?'
geng sendiri tak pasti dan mohon jika yang lebih arif tentang agama mohon beri pandangan.
semoga memberi manfaat kepada mereka yang menonton.


KETAKUTAN BARAT ATAS JUMLAH KAUM MUSLIMIN

salah satu tanda-tanda kiamat.

p/s : 2 video ini dijumpai secara tidak sengaja. kesahihannya jugak tidak diketahui. so, korang guna la akal dan ilmu yang korang ada untuk menilai 2 video diatas. bak kata pepatah. "rambut sama hitam, hati lain-lain" -_-


Sunday 12 February 2012

Sejarah & Hukum sambut valentine day


Hari kekasih atau dalam bahasa omputihnya Valentine Day adalah haram di sambut oleh umat islam.
sekarang kebanyakkan remaja mempunyai pasangan (couple). bila tibanya hari kekasih mula la membeli hadiah dan melafaskan "selamat hari kekasih" untuk pasangan masing-masing. Korang tahu tak itu semua bidah dan tidak pernah diajar oleh islam. so, macam bnda ini boleh wujud ? dari mana datangnya sambutan hari kekasih ni ?

|Sejarah Ringkas Hari Kekasih|
  • Pada tanggal 14 Februari 270M, St. Valentine dibunuh kerana penentangannya (pertelingkahan) dengan penguasa Romawi, Raja Claudius 11 (268 270 M). Untuk mengagung-agungkannya, yang dianggap sebagai simbol ketabahan,keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cabaran hidup, para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai ‘upacara keagamaan’.
Sejak abad 16 M, ‘upacara keagamaan’tersebut berubah menjadi ‘perayaan bukan keagamaan’. Hari Valentine dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut ‘supercalis’ yang jatuh pada tanggal 15 Februari.

Bagaimanapun setelah orang orang Romawi memeluk agama Nasrani (Kristian), pesta ‘supercalis’ kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine. Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai ‘hari kasih sayang’ juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahawa waktu ‘kasih sayang’ itu mulai bersemi bagai burung jantan dan betina’ pada tanggal 14 Februari.

Memandangkan perkataan Valentine hampir serupa bunyinya dengan perkataan ‘Galetine’ yang bererti ‘galant atau cinta’, dalam bahasa Perancis Normandia, maka kebanyakannya cuba menjadikan tarikh 14 Februari itu sebagai tarikh yang paling sesuai untuk mencari pasangan hidup.
Tarikh 14 Februari 1492, adalah tarikh kejatuhan Empayar Islam Sepanyol. Memandangkan Islam pada waktu itu dianggap sebagai agama yang zalim, maka St. Valentine telah mengisytharkan tarikh tersebut sebagai tarikh bagi rakyat untuk berkasih sayang.
Paderi St. Valentino pula merupakan seorang paderi utama yang hidup pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dan merupakan antara orang terpenting yang menjatuhkan dan menzalimi umat Islam Cordova, Sepanyol pada zaman lampau.

  • Mengikut sejarah mitos, sambutan berkenaan diasaskan oleh masyarakat Rom yang beragama Kristian sebagai memperingati peristiwa seorang paderi yang dihukum bunuh oleh pemerintah Rom, Claudius 11. Saint Valentine yang dihukum bunuh kerana mengahwinkan salah seorang askar secara rahsia, sedangkan undang-undang Rom ketika itu menghalang golongan muda berkahwin atau berkeluarga sebaliknya dikerah untuk menjadi tentera.
Pada zaman pertengahan,masyarakat England dan Perancis menganggap 14 Februari sebagai ‘hari burung burung mencari pasangan’. Justeru, pada kurun tersebut,mereka mula meniru perbuatan burung dengan mengadakan hari mencari pasangan atau jodoh pada tarikh tersebut.
  • Maklumat terawal menyatakan,Hari Valentine wujud pada awal zaman Rom Kristian. Pada masa itu penduduk asal Rom menyambut’Hari Kebesaran Serigala’ iaitu hari memperingati serigala yang memelihara pengasas kerajaan Rom iaitu Rumulus dan Remus. Namun tarikh tersebut jatuh pada 15 Februari. Selain itu, hari tersebut juga terkenal sebagai Hari Kebesaran Lupercalius iaitu bagi memperingati Februata Juno yang dianggap tuhan bagi masyarakat Rom yang bersimbolkan wanita dan perkahwinan serta memperingati Pan, tuhan alam semula jadi. Pada hari tersebut, gadis gadis akan meletakkan nama mereka ke dalam sebuah kendi. Manakala si teruna akan mencabut nama para gadis tersebut dari kendi tadi untuk mencari pasangan seks untuk sehari atau setahun atau pada bila bila masa mereka perlukan. Pasangan pasangan ini akan saling bertukar cenderamata dan hadiah sesama mereka sebagai tanda kasih sayang.
Setelah pengaruh Kristian menguasai kehidupan masyarakat Rom,mereka menukarkan perayaan hari kebesaran tersebut dengan sesuatu yang lebih bermoral dan menepati ajaran agama Kristian. Mereka mencadangkan perayaan itu ditukar kepada tarikh 14 Februari, bagi memperingati kematian paderi St. Valenine yang dihukum bunuh oleh pemerintah Rom.
Budaya menghantar kad ucapan dan ucapan ‘Your Valentine’dikatakan berasal daripada tindakan St. Valentine. Semasa dipenjarakan, dia telah jatuh cinta dengan seorang gadis yang dikatakan anak salah seorang pengawal penjara. Setiap hari si gadis tersebut melawatnya dan sebelum dijatuhkan hukuman, paderi tersebut sering menghantar kad yang bertulis From Your Valentine kepada kekasihnya itu.

Simbol yang tidak asing setiap kali Hari Valentine ini ialah objek seorang budak kecil yang bersayap dan memegang busur anak panah. la dinamakan Cupid dan digambarkan sebagai seorang anak tuhan Venus iaitu ‘tuhan cinta dan kecantikan’ bagi masyarakat Rom. Mereka percaya bahwa sesiapa yang dipanah dengan cupid akan mudah jatuh cinta kepada seseorang.
|Hukum|
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan bahawa amalan merayakan Hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Valentine tidak digalakkan oleh agama Islam.


Sumber : JAKIM - Awas ! Jerat hari valentine


Friday 10 February 2012

Refresh : Surat untuk Datin Rosmah dari seorang pelajar. Wajib Baca !


sebenarnya surat ni dah lama*tak la lama sangat. maybe ramai yang dah tau maybe ramai yang belum tau.
Sumber pn belum tahu lagi sahih ke tidak. *sumber
semua yang di tulis memang logik di akal dan boleh diterima.
kalau tak pecaya cuba korang baca sampai habis pastu fikir-fikirkan.
Assalamualaikum Datin Seri.


Saya Muhammad Muizzudin bin Zaini

Julai 2011 lalu, genaplah usia saya 19 tahun.

Saya perkenalkan diri, sebagai remaja yang ingin tahu. Apa jua medium yang termampu saya pergunakan, saya usahakan sebaiknya agar saya dapat mengikuti perkembangan semasa, khususnya berkenaan negara Malaysia yang tercinta ini.

Iya, Datin Seri. Umur saya, sangat muda. Kedudukan saya, jauh benarlah kiranya dibandingkan dengan Datin Seri. Namun, saya yakin dan percaya, andai umurlah yang menjadi penentu kelayakan seseorang untuk bersuara, tidaklah layak sama sekali untuk suami Datin Seri memegang amanah pentadbiran negara sekarang, kerana di luar sana terdapat ramai yang lebih tua usianya!

Tegas saya, saya adalah remaja yang memerhati. Saya tidak mahu, sekadar menjadi manusia yang kerjanya memuaskan tembolok sendiri. Tidak juga hanya terpaku di bilik darjah, ‘menelan’ buku teks sekolah. Saya percaya, erti hidup pada memberi!

Datin Seri Rosmah Mansor yang saya hormati,

Saya pohon jutaan kemaafan, andai surat kecil ini menyinggung Datin Seri. Saya tidak berniat untuk menyakiti hati Datin Seri, jauh sekali memburuk-burukkan. Surat kecil ini, hanyalah usaha kerdil saya, menyampaikan isi hati. Ia hanyalah suara hati dan pandangan seorang anak muda.

KASIH SAYANG KEPADA RAKYAT

Datin Seri,

Pernah suatu pagi, saya dibawa ibu untuk menziarahi jenazah anak tunggal seorang jiran kami. Kanak-kanak kecil itu, baru berusia 6 tahun. Khairani namanya. Runtun rasa di hati, sebaik melihat keadaan rumah tempat tinggalnya kanak-kanak itu bersama ibunya. Saya cuba membayangkan, bagaimanalah andainya hujan lebat menimpa bumbung rumah itu. Atapnya berlubang-lubang, hinggakan saya fikir memadai dengan cahaya matahari yang ‘mencuri’ masuk melaluinya untuk menyinari ruang dalam rumah daif itu. Saya terpaksa melangkah berhati-hati, kerana lantainya berkeriut dan goyah sekali.

Hadir insaf dan syukur di dalam hati saya, bahawa betapa saya memiliki hidup yang jauh lebih baik dan selesa berbanding ramai lagi rakyat kebanyakan.

Di sekolah, saya punyai rakan-rakan yang sulit sekali melangsaikan yuran bulanan asrama. Bukan culas, bukan malas, tetapi kesempitan hidup menyukarkan mereka. Adik-beradik ramai yang masih bersekolah, ditambah taraf hidup dan kos keperluan yang kian meningkat dari sehari ke sehari, semuanya membebankan!

Datin Seri,

Sungguh saya tidak mampu mengelakkan rasa kecewa, apabila mengetahui yang Datin Seri bermalam di sebuah hotel di Dubai dengan kos melebihi RM100, 000 semalaman. Sehingga ke hari ini, saya masih teringatkan rumah daif adik Khairani, juga nasib ramai lagi yang saya temui sepanjang umur ini. Saya tahu, betapa besarnya urusan Datin Seri, juga kedudukan Datin Seri. Mungkin memang Datin Seri berhak, tetapi, apakah Datin Seri langsung tidak teringatkan kami, rakyat yang kesusahan? Apakah Datin Seri langsung tidak terfikirkan nasib ratusan, ribuan lagi rakyat yang tidak bernasib baik?

Apakah tiada langsung rasa bersalah di hati Datin Seri? Rasa bersalah kerana tinggal hanya untuk semalaman tetapi dengan kos yang boleh menyamai lebih kurang pendapatan selama 66 bulan bagi 40 peratus rakyat Malaysia! 40 peratus inilah rakyat yang pendapatan bulanan bagi setiap keluarga adalah lebih rendah daripada RM1500 sebulan. Bahkan setiap 3 daripada 4 keluarga ini, adalah sebangsa dengan Datin Seri, bangsa MELAYU!

Atau apakah Datin Seri tidur dengan lena malam itu?

Hingga hari ini, sudah bertahun saya tidak ke restoran Pizza Hut, McDonald dan seumpamanya. Kerana cukup dengan hanya melihat dari jauh, hadir rasa pilu mengenangkan saudara-saudara seagama, anak-anak muda seusia saya atau kanak-kanak, wanita dan orang tua yang dibunuh kejam di Palestin oleh rejim zalim Israel hasil sumbangan restoran-restoran ini.

Ia dipanggil, kasih sayang Datin Seri. Maafkan saya, tetapi saya terpaksa bertanya, apakah tiada langsung walau secebis pun rasa kasihan kepada rakyat Malaysia yang hidup serba kesusahan? Rakyat yang terpaksa melupakan impian dan keinginan kerana kesempitan hidup, namun terpaksa pula menanggung kos penginapan Datin Seri dan rombongan di luar negara untuk hanya semalaman!? Bayangkan pula kos penerbangan untuk keseluruhan rombongan selain daripada penginapan!

Peningkatan kos sara hidup waktu ini, sangatlah membebankan. Suami Datin Seri berterusan meminta seluruh rakyat berjimat, sedangkan isterinya? Hasil tindakan kerajaan pimpinan suami Datin Seri, mengurangkan subsidi untuk rakyat terbanyak sedangkan untuk para taukeh-taukeh besar dikekalkan, juga ‘penyelarasan-penyelarasan’ harga, teramatlah menyulitkan kami semua.

Sungguh Datin Seri, kami sangat terbeban meskipun harga petrol dinaikkan walau beberapa sen. Ia akan mempengaruhi seluruh kehidupan kami. Harga makanan, pakaian, kos pengangkutan dan semuanya akan semakin menyulitkan kami. Saban hari, saya melihat ibu mengeluh kerana gajinya sukar sekali untuk disimpan, ia sekadar mencukupi untuk setiap bulan.

Kami rakyat tidak meminta Datin Seri turut menaiki kereta biasa atau tinggal di rumah biasa seperti kami. Hanya yang kami rakyat pinta, supaya Datin Seri dan suami menyelami hakikat kesukaran yang terpaksa kami tempuhi.

Malangnya, tindakan Datin Seri berbelanja mewah begini adalah sama sekali tidak menggambarkan Datin Seri dan suami bersama-sama kami. Sungguh, ini amat mengecewakan saya. Sukar sekali untuk saya mewajarkannya. Maafkan saya Datin Seri, sungguh ia tidak dapat saya terima.

Datin Seri yang saya hormati,

Tiadalah yang lebih mengecewakan dan membangkitkan kemarahan, melainkan ketika melihat Datin Seri dan suami di Festival Fesyen Islam Monaco. Bagaimana tidak, pakaian yang diperagakan langsung tidak menggambarkan Islam! Langsung tidak menutup aurat, menampakkan bahagian-bahagian yang sepatutnya sulit dan yang paling dahsyatnya, nama RasuluLlah SAW yang mulia tertera pada pakaian yang tidak menutup aurat!

Apakah Datin Seri tidak menyedari, bagaimana kemarahan yang telah Datin Seri cetuskan? Nama RasuluLlah SAW yang mulia dihina sebegitu rupa! Namanya cukup mulia, hinggakan apabila disebut namanya, dikira manusia yang paling kikir sekiranya tidak dipanjangkan nama itu dengan selawat ke atasnya. Tiba-tiba, nama itu dihina sebegitu rupa! Bahkan, Datin Seri yang menghadapi teguran, kritikan, kecaman dan tunjuk rasa langsung tidak memohon maaf. Langsung tidak!

Sedangkan para Ulama’ masih berbahas, bagaimana cara paling baik untuk mengagungkan Manusia Mulia ini, tiba-tiba Datin Seri kelihatan meredhai perbuatan yang jelas MENGHINA Baginda Nabi SAW!

Sebenarnya, Datin Seri sudah dari awal menunjukkan kecekalan Datin Seri melanggar syariat Allah. Datin Seri tidak menutup aurat, bersentuhan, berlaga pipi dan berpelukan dengan lelaki bukan mahram yang disepakati sekalian Ulama’ sebagai perbuatan yang HARAM!

Menyentuh anjing atau khinzir, hukumnya juga Haram. Namun, hilang kotornya dengan perbuatan menyamak. Malangnya, tiada apa yang mampu ‘membersihkan’ haram dan kotornya nya menyentuh lelaki ajnabi kecuali

API NERAKA!

Lalu, dengan semua perlakuan Datin Seri, apakah mungkin Datin Seri fikir kami rakyat akan menerima dakwaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa kerajaan pimpinannya berusaha keras berjuang demi Islam dan bangsa. Sedangkan isterinya sendiri, tidak memelihara Akhlak dan Syariat Islam, juga adab-adab kesantunan Melayu malahan!

RAKYAT MENGIKUTI PEMIMPIN MEREKA

Kata ahli hikmah, “Agama manusia itu, di atas Pemimpin mereka”. Tinggi sahsiahnya, baik akhlaknya, ikhlas hatinya, patuh dan taat kepada Allah, maka begitulah jua rakyatnya. Rakyat akan terpengaruh dengan ketua mereka.

Malaysia hari ini, dalam keadaan yang benar-benar dahsyat bagi saya. Setiap masa perlu di dalam keadaan berjaga-jaga, kerana penjenayah menunggu kita alpa. Gerun saya melihatkan kanak-kanak yang bermain sendirian di halaman rumah, bimbang kalau-kalau ada manusia busuk hati yang berniat jahat kerana jenayah hari ini langsung tidak mengenal beza usia!

Budaya Hedonisme melampau. Nafsu ‘disembah’ sebagai Tuhan. Remaja Melayu Muslim tidak segan silu memakai pakaian yang jauh menyimpang daripada Islam dan adab Melayu. Tidak kekok mengogok arak di pesta-pesta jamuan nafsu. Saban hari ada sahaja kes bunuh bayi lewat pergaulan tanpa batas! Hari ini, remaja mati dengan sia-sia. Samada mati dalam ketagihan najis dadah, atau kemalangan dalam perlumbaan haram!

Bahkan seribu satu lagi, penyakit-penyakit sosial yang sedang membarah, membusuk di dalam negara tercinta!

Bukanlah saya menuding jari kepada Datin Seri dan suami, saya akui malahan, bahawa Datin Seri kelihatan cuba berusaha sedikit sebanyak bagi menangani masalah-masalah ini. Namun, hakikatnya, keadaan rakyat sesuai dengan keadaan pemimpinnya!

Manusia yang jelas disabitkan kesalahan rasuah, diangkat menjadi pemimpin! Manakala pemimpin lain yang mengkritik tindakan ini, di arah supaya tutup mulut dan diambil tindakan! Apa sudah jadi pada negara!? Sedangkan Nabi SAW bersabda, “Apabila amanah diberikan kepada BUKAN ahlinya, maka tunggulah KEHANCURAN!”

Pemimpin negara tidak memelihara adab pergaulan Islam, tidak memelihara batas aurat, berbelanja boros tanpa timbang rasa kepada rakyat, justeru, bagaimana mungkin kita mengharapkan yang baik-baik daripada rakyat?

Saya gerun melihat perkembangan ini, Datin Seri. Hari ini, kita mengeluh kerana ramainya anak-anak luar nikah yang didaftarkan. Bayangkanlah, apa yang mungkin kita keluhkan 5 atau 10 tahun akan datang!

Antara sifat agama kita, INQILABIYYAH Datin Seri. Ertinya, adil dan zalim mustahil begerak seiring. Kebenaran dan kebatilan sama sekali tidak akan bercampur. Syariat Islam dan yang bercanggah dengannya, pasti tidak akan ditemui titik temu antara keduanya. Justeru, Datin Seri berusahalah sehebat manapun untuk memperbaiki masalah sosial, gejala buang bayi dan sebagainya, selagi suami dan kerajaan Datin Seri terus mengesampingkan hukum Allah, dasar Allah, syariat Allah, maka Datin Seri tidak akan BERJAYA! Berani saya kata!

Bagaimana tidak? Datin Seri berusaha mengelakkan masalah bunuh bayi yang kita semua maklum ia bermula daripada pergaulan bebas, sedangkan hub hiburan malam, lesen judi dan konsert-konsert mega sebenarnya adalah penyumbang besar kepada masalah ini! Kerajaan pimpinan suami Datin Seri, umpama membina dan meruntuhkannya semula. Bina dan runtuh, kemudian bina dan runtuhkan lagi. Itulah kitarannya.

KUASA Datin Seri ke luar negara untuk bertemu pemimpin negara luar, pernah juga Datin Seri menyambut kehadiran Perdana Menteri luar negara ke Malaysia, dana RM111 juta untuk PERMATA, pertemuan First Lady dan liputan-liputan meluas setiap aktiviti Datin Seri di media dalam dan luar negara, itu bagi saya menunjukkan yang Datin Seri seolah-olah punya kuasa di dalam pentadbiran negara.

Justeru, sebagai anak muda yang penuh persoalan di minda, saya bertanya dengan baik, bagaimana ini semua berlaku? Sedangkan, kami rakyat tidak pernah melantik Datin Seri sebagai pemimpin negara. Suami Datin Seri yang memimpin kerajaan yang telah dipilih rakyat melalui proses Pilihan Raya! Atau apakah dengan hanya menjadi isteri kepadanya, menjadikan Datin Seri turut berkuasa?

Datin Seri pasti tahu, berkenaan kebangkitan rakyat yang menyemarak di Timur Tengah. Kerajaan yang tidak bertimbang rasa diterjah dan dihalau rakyat! Antara isunya ialah bagaimana berkuasa dan kaya rayanya isteri kepada pemimpin-pemimpin yang telah tumbang itu.

Saya cintakan negara saya. Tidak sanggup saya melihat negara porak peranda, namun, kiranya Datin Seri berterusan mengikut jejak langkah isteri-isteri pemimpin yang tumbang itu, maka mungkin Datin Seri dan suami boleh menerima nasib yang sama. Kami rakyat semakin tidak tertanggung lagi dengan tekanan-tekanan kewangan dan keperluan hidup sekarang!

Datin Seri,

Surat ini bukanlah ancaman, bukan juga ugutan. Ia sekadar luahan rasa, nasihat dan pandangan yang cuba seorang anak muda sampaikan. Ingin benar saya ingatkan, kedudukan yang Datin Seri nikmati hari ini, adalah kerana rakyat memilih suami Datin Seri. Kuasa di tangan kami, untuk menentukan jatuh dan bangunnya Datin Seri dan suami. Dan sebenarnya, kami rakyat hanyalah ‘jalan’ bagi Allah untuk mengatur ketentuan ini, Allah jualah yang meletakkan kekuasaan kepada sesiapa yang dikehendakinya.

Justeru, berbaiklah dengan kami. Patuhilah suruhan Allah. Kami tidak pinta lebih, sekadar bertimbang-rasa untuk kami.

Datin Seri yang dihormati,

Surat ini mungkin sampai ke tangan Datin Seri. Mungkin sampai sendiri, atau terhenti di tangan pembantu-pembantu Datin Seri atau tidak mampu hampir sama sekali. Kiranya ia selamat sampai ke tangan Datin Seri, saya pohon maaf, kalaulah surat kecil saya ini mengguris rasa Datin Seri. Maafkan saya, kalau ia kerana kesilapan-kesilapan bahasa dan cara penulisan. Namun, andainya Datin Seri terasa hati kerana menerima teguran, tidak akan saya pohon maaf untuk itu! Teguran ini adalah benar, justeru tiada apa yang perlu saya risaukan dengan kebenaran. Ia pasti menang dan tertegak !
p/s : Tahniah kerana korang baca sampai habis =)

Sekian ^_^y

Saturday 4 February 2012

Salam Maulidur Rasul 1433 H / 2012


 Hari ini 5 Februari 2012 bersamaan 12 Rabiul Awal 1434 H adalah hari keputraan junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Oleh itu,sama-sama lah kita memperbanyakkan selawat keatas baginda.
Seperti yang dinyatakan dalam 1 hadis yang bermaksud
"Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku " - Al-Nasai & Ibnu Hibban-
Entry Maulidur Rasul tahun ni geng nak share sikit peristiwa-peristiwa yang berlaku pada bulan Rabiulawal. antaranya :
 1. Kelahiran junjungan Nabi Muhammad SAW.
Mengikut sumber-sumber yang masyhur Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada 12 Rabiulawal tahun gajah bersamaan 23 april 571 masihi. Dengan itu menjadi amalan umat islam di Malaysia menyambutnya setiap tahun pada 12 Rabiul Awal.
2.  Pelantikan nabi menjadi rasul
Di bulan Rabiulawal juga nabi Muhammad SAW dilantik menjadi rasul. Ketika itu nabi berumur 40 tahun. Maka bermulalah kisah perjungan nabi menyampaikan dakwah islam yang bermula di Makkah al-mukarramah.
3. Peristiwa hijrah
Tarikh hijrah adalah tarikh samapinya Nabi Muhammad SAW di Madinah Al-munawwarah(yasthrib). Rasullullah tiba di Quba' pada hari isnin 8 Rabiulawal dan baginda tiba di Madinah pada hari jumaat 12 Rabiulawal.
4. Peperangan
Terdapat banyak peperangan yang berlaku ketika zaman Rasullullah. Antara peperangan yang berlaku ketika bulan Rabiulawal ialah peperangan Badar(pertama), Bawat, Zi Amar(ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani lahyan. 
5.  Kewafatan Rasullullah
Peristiwa yang paling menyedihkan iaitu peristiwa kewafatan Rasullullah SAW pada 12 Rabiulawal 11 H bersamaan 7 Jun 632 masihi. Baginda wafat di rumah isteri baginda Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah Al-munawwarah.
P/s :  Selawat keatas baginda : Allahumma Solliala Saidina Muhammad..
  

Tuesday 3 January 2012

Amalina chek bakri buat kejutan lagi.

assalamualaikum dan salam sejahtera ^_^

korang ingat dak lagi nama Amalina Chek Bakri nih..
alaa.. yang dapat result SPM 17A1 tahun 2004 tuh..
cerita kecemerlangan dalam SPM memang mengejutkan dan ramai yang teruja time tuh..

Nur Amalina

 
pagi tadi gambar-gambar Amalina yg terbaru tersebar luas di facebook...
MasyaAllah dah terpesong jauh rupanya..
gambar dia diambil di facebook..
dan mengikut sumber akaun FB tu dah ditutup..

dia yang dulunya bertudung sekarang dah free hair..
siap letak warna lagi.. pastu ada pulak gambar dia dengan mat salleh duk bepelukan..
baju pun dah ketat2.

Niat dihati bukan nk boikot atau nk burukkan nama dia..
tapi nk ingatkan kt korang.. sejauh mna pun kita pergi.. jangan jadi kacang lupakan  kulit.
sejauh mana pun kita pergi..jadikan agama sebagai pegangan..
bila agama diletakkan diatas sekali, insyaallah semua akan selamat dan baik-baik sahaja..

cuba korang fikir.. kalau dah jadi mcm ni sapa yang kena ?
bukan korang tapi mak ayah korang..
diorang yang paling malu..
kesian kt mak ayah..

gambar-gambar tu malas nk publish kt sini..
kalau nk tgk pandai la cari seniri ye =)..

sekian ^_^y

p/s : sama-sama kita doakan dia pulang ke pangkal jalan... Insyaallah

Sunday 1 January 2012

Komen PM lepas student kena hentam dengn FRU..

Asslamualaikum dan salam sejahtera..
semalam semasa menunggu saat-saat tibanya tahun baru tahun baru
dengan bermacam-macam cara sambutan untuk menunjukkan betapa excitednya kedatangan tahun baru.. tapi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pelajar-pelajarnya menyambut dengan mengadakan demontrasi aman di hadapan UPSI..

perhimpunan tersebut di pimpin oleh Safwan Anang Talib dan turut disertai oleh student yang berani menurunkan bendera najib yang hampir ditumbuk pakcik tua dan yang di maki hamun oleh panglima perang yg mempunyai isteri yg seksi.. dialah Adam Adli..



Safwan Anang Talib
Adam Adli
Yang menyedihkan, perhimpunan aman tersebut telah diganggu oleh Pasukan Polis Simpanan Bersekutu (FRU).. dimana kehadiran mereka tidak memang diperlukan sama sekali.. akibatnya
beginilah jadinya...





yang lebih menyedihkan lagi komen PM lepas kejadian malam tersebut..



p/s : Bukan nk salahkan sapa-sapa.. tapi terkejut dengn ucapan PM..

Sumber : Malaysiakini


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...