pages

Saturday 4 February 2012

Salam Maulidur Rasul 1433 H / 2012


 Hari ini 5 Februari 2012 bersamaan 12 Rabiul Awal 1434 H adalah hari keputraan junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Oleh itu,sama-sama lah kita memperbanyakkan selawat keatas baginda.
Seperti yang dinyatakan dalam 1 hadis yang bermaksud
"Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku " - Al-Nasai & Ibnu Hibban-
Entry Maulidur Rasul tahun ni geng nak share sikit peristiwa-peristiwa yang berlaku pada bulan Rabiulawal. antaranya :
 1. Kelahiran junjungan Nabi Muhammad SAW.
Mengikut sumber-sumber yang masyhur Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada 12 Rabiulawal tahun gajah bersamaan 23 april 571 masihi. Dengan itu menjadi amalan umat islam di Malaysia menyambutnya setiap tahun pada 12 Rabiul Awal.
2.  Pelantikan nabi menjadi rasul
Di bulan Rabiulawal juga nabi Muhammad SAW dilantik menjadi rasul. Ketika itu nabi berumur 40 tahun. Maka bermulalah kisah perjungan nabi menyampaikan dakwah islam yang bermula di Makkah al-mukarramah.
3. Peristiwa hijrah
Tarikh hijrah adalah tarikh samapinya Nabi Muhammad SAW di Madinah Al-munawwarah(yasthrib). Rasullullah tiba di Quba' pada hari isnin 8 Rabiulawal dan baginda tiba di Madinah pada hari jumaat 12 Rabiulawal.
4. Peperangan
Terdapat banyak peperangan yang berlaku ketika zaman Rasullullah. Antara peperangan yang berlaku ketika bulan Rabiulawal ialah peperangan Badar(pertama), Bawat, Zi Amar(ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani lahyan. 
5.  Kewafatan Rasullullah
Peristiwa yang paling menyedihkan iaitu peristiwa kewafatan Rasullullah SAW pada 12 Rabiulawal 11 H bersamaan 7 Jun 632 masihi. Baginda wafat di rumah isteri baginda Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah Al-munawwarah.
P/s :  Selawat keatas baginda : Allahumma Solliala Saidina Muhammad..
  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...