pages

Sunday 12 February 2012

Sejarah & Hukum sambut valentine day


Hari kekasih atau dalam bahasa omputihnya Valentine Day adalah haram di sambut oleh umat islam.
sekarang kebanyakkan remaja mempunyai pasangan (couple). bila tibanya hari kekasih mula la membeli hadiah dan melafaskan "selamat hari kekasih" untuk pasangan masing-masing. Korang tahu tak itu semua bidah dan tidak pernah diajar oleh islam. so, macam bnda ini boleh wujud ? dari mana datangnya sambutan hari kekasih ni ?

|Sejarah Ringkas Hari Kekasih|
  • Pada tanggal 14 Februari 270M, St. Valentine dibunuh kerana penentangannya (pertelingkahan) dengan penguasa Romawi, Raja Claudius 11 (268 270 M). Untuk mengagung-agungkannya, yang dianggap sebagai simbol ketabahan,keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cabaran hidup, para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai ‘upacara keagamaan’.
Sejak abad 16 M, ‘upacara keagamaan’tersebut berubah menjadi ‘perayaan bukan keagamaan’. Hari Valentine dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut ‘supercalis’ yang jatuh pada tanggal 15 Februari.

Bagaimanapun setelah orang orang Romawi memeluk agama Nasrani (Kristian), pesta ‘supercalis’ kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine. Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai ‘hari kasih sayang’ juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahawa waktu ‘kasih sayang’ itu mulai bersemi bagai burung jantan dan betina’ pada tanggal 14 Februari.

Memandangkan perkataan Valentine hampir serupa bunyinya dengan perkataan ‘Galetine’ yang bererti ‘galant atau cinta’, dalam bahasa Perancis Normandia, maka kebanyakannya cuba menjadikan tarikh 14 Februari itu sebagai tarikh yang paling sesuai untuk mencari pasangan hidup.
Tarikh 14 Februari 1492, adalah tarikh kejatuhan Empayar Islam Sepanyol. Memandangkan Islam pada waktu itu dianggap sebagai agama yang zalim, maka St. Valentine telah mengisytharkan tarikh tersebut sebagai tarikh bagi rakyat untuk berkasih sayang.
Paderi St. Valentino pula merupakan seorang paderi utama yang hidup pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dan merupakan antara orang terpenting yang menjatuhkan dan menzalimi umat Islam Cordova, Sepanyol pada zaman lampau.

  • Mengikut sejarah mitos, sambutan berkenaan diasaskan oleh masyarakat Rom yang beragama Kristian sebagai memperingati peristiwa seorang paderi yang dihukum bunuh oleh pemerintah Rom, Claudius 11. Saint Valentine yang dihukum bunuh kerana mengahwinkan salah seorang askar secara rahsia, sedangkan undang-undang Rom ketika itu menghalang golongan muda berkahwin atau berkeluarga sebaliknya dikerah untuk menjadi tentera.
Pada zaman pertengahan,masyarakat England dan Perancis menganggap 14 Februari sebagai ‘hari burung burung mencari pasangan’. Justeru, pada kurun tersebut,mereka mula meniru perbuatan burung dengan mengadakan hari mencari pasangan atau jodoh pada tarikh tersebut.
  • Maklumat terawal menyatakan,Hari Valentine wujud pada awal zaman Rom Kristian. Pada masa itu penduduk asal Rom menyambut’Hari Kebesaran Serigala’ iaitu hari memperingati serigala yang memelihara pengasas kerajaan Rom iaitu Rumulus dan Remus. Namun tarikh tersebut jatuh pada 15 Februari. Selain itu, hari tersebut juga terkenal sebagai Hari Kebesaran Lupercalius iaitu bagi memperingati Februata Juno yang dianggap tuhan bagi masyarakat Rom yang bersimbolkan wanita dan perkahwinan serta memperingati Pan, tuhan alam semula jadi. Pada hari tersebut, gadis gadis akan meletakkan nama mereka ke dalam sebuah kendi. Manakala si teruna akan mencabut nama para gadis tersebut dari kendi tadi untuk mencari pasangan seks untuk sehari atau setahun atau pada bila bila masa mereka perlukan. Pasangan pasangan ini akan saling bertukar cenderamata dan hadiah sesama mereka sebagai tanda kasih sayang.
Setelah pengaruh Kristian menguasai kehidupan masyarakat Rom,mereka menukarkan perayaan hari kebesaran tersebut dengan sesuatu yang lebih bermoral dan menepati ajaran agama Kristian. Mereka mencadangkan perayaan itu ditukar kepada tarikh 14 Februari, bagi memperingati kematian paderi St. Valenine yang dihukum bunuh oleh pemerintah Rom.
Budaya menghantar kad ucapan dan ucapan ‘Your Valentine’dikatakan berasal daripada tindakan St. Valentine. Semasa dipenjarakan, dia telah jatuh cinta dengan seorang gadis yang dikatakan anak salah seorang pengawal penjara. Setiap hari si gadis tersebut melawatnya dan sebelum dijatuhkan hukuman, paderi tersebut sering menghantar kad yang bertulis From Your Valentine kepada kekasihnya itu.

Simbol yang tidak asing setiap kali Hari Valentine ini ialah objek seorang budak kecil yang bersayap dan memegang busur anak panah. la dinamakan Cupid dan digambarkan sebagai seorang anak tuhan Venus iaitu ‘tuhan cinta dan kecantikan’ bagi masyarakat Rom. Mereka percaya bahwa sesiapa yang dipanah dengan cupid akan mudah jatuh cinta kepada seseorang.
|Hukum|
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan bahawa amalan merayakan Hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Valentine tidak digalakkan oleh agama Islam.


Sumber : JAKIM - Awas ! Jerat hari valentine


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...